Friday 2 December 2011

What?! Pindah?!

Entry yang sebelumnya baru je aku bercakap pasal harapan mak ayah aku. Aku harap diorg tak letak harapan tinggi kat aku. Tapi semua tu harapan yang takkan jadi kenyataan. Kenapa aku cakap macam ni? Tadi, mak aku cakap yang ayah aku cakap kami sekeluarga akan pindah balik Kedah kalau aku tak dapat 8A sebab malu.. What the ****?! Hey! Ini dah melampau! Takkan malu? Takkan la jiran2 nak mengata kat mak ayah dan aku kalau aku x dapat 8A? Oh G!

Kalau diorg nak mengata ke apa ke, lantak la! Aku cakap macam ni bukan sebab aku ni muka tembok, x tau malu.. tapi sebab hidup aku sendiri. Seriously, memang la jiran2 tau yang aku ni pelajar cemerlang kat sekolah. Tapi... aish! Diorg memang cetek akal kacau diorg mengata mak ayah dan aku sebab x dapat 8A!

Apa ni?! Aku tak paham tau x!!! Bukan kehendak aku kalau aku x dapat 8A. Aku dah buat sungguh2. Makin hari, aku makin yakin yang aku x kan dapat 8A. PMR ja pon... Aku tak tau la mak ayah aku serious ka x..

Aku tak kisah mak ayah nak pindah sebab aku pun suka sangat2 (serious) kalau pindah. Tapi aku x suka sebab yang mak ayah cipta untuk kami semua pindah. Semuanya sebab aku? Aku penyebab kepada kehancuran sebuah silaturrahim sesama saudara Islam? Aku penyebab kepada kesedihan adik2 aku yang akan hilang kawan2 depa nanti bila kami semua pindah? Macam tu? Nampak sangat la yang aku ni buruk. Tapi, x pa.. Aku bukannya baik sangat pun.

Bak kata mak, aku ni pemalas tahap tertinggi sekali. Bukan pemalas tapi beban.. Mak selalu puji orang lain. Mak akan banding2 aku dengan anak orang lain. Depa rajin la.. aku malas la..  Memang betul pon...
Tapi, AKU X KISAH! Kenapa aku perlu jadi macam orang lain untuk nampak baik depan mak ayah? Tak boleh ka aku jadi diri aku dan tak boleh ka kalau mak x banding2 kan aku dengan orang lain?

Mak aku cakap biar x pandai belajar asalkan pandai ceruk dapur. Belajar pandai2 tapi x reti ceruk dapur buat apa? WHAT?? Aku heran la.. Kenapa mak cakap macam tu? Padahal bukan aku sorg yang macam ni.. Kawan2 aku pun macam ni jugak. Mungkin sebab hidup depa senang.. Hidup aku ni.. Entahla... Nak kata susah tu aku rasa ada lagi kot yang susah daripada keluarga ku. Cuma, kami bukan orang senang.. Nak dapat duit bukan senang..

Mak nak aku pandai ceruk dapur dan x pandai belajar pon x pa.. Macam tu?.. Seriously, aku x paham! Belajar sekali seumur hidup. Sekolah sekali ja.. x boleh banyak2 kali... Tapi masak semua tu? Lain kali pun aku boleh buat.. Aku ni dah la tak dak kemahiran dalam apa2 bidang.. Aku cuma belajar elok2 dengan harapan bila aku dewasa nanti aku boleh ubah hidup mak ayah aku. Tapi, bila mak cakap x belajar pandai2 pon x pa, aku x berapa setuju.. Macam mana hidup nak beubah kalau x dak pelajaran? Adakah dengan pandai ceruk dapur aku akan dapat ubah hidup mak ayah aku bila dewasa nanti?
Entah.. malas nak fikir. Bagi orang yang pandai masak tu, memang la masa depan dia terjamin. Aku x kata belajr ceruk dapur tu x boleh ubah hidup someone.. boleh.. tapi, bergantung pada minat individu la.
Kalau individu macam aku ni nak belajar ceruk dapur untuk ubah hidup? Tak la kot...
well, bergantung pada individu! Bukannya aku x nak belajar.. nanti aku belajar la.. Insyaa Allah..

Sesungguhnya aku nak sangat mak ayah aku tau yang aku sayang kat depa. Sapa yang x sayang mak ayah memang orang yang paling x boleh pakai... Aku sayang tapi aku x tau macam mana nak tunjuk. Aku x pandai ambik hati depa.. Aku x pandai memujuk rayu depa... Means, kalau aku nak something, aku takkan mintak kat depa.. Sometimes mintak... kalau depa x bagi, dah la.. Aku memang tak pandai nak buat lebih2 untuk depa tunaikan permintaan aku tu...Lagi pun, aku x sedih la kalau depa tak tunaikan permintaan aku. Aku akur. Nak bagi, bagi.. x nak x pa la... sikit pun aku x kisah.
Pelik, kan? Aku x tau kenapa aku ni tak pandai memujuk. Setakat ni rasanya aku x penah lagi memujuk orang...Entahla.. Sebab tu dulu kawan aku penah tanya apa reaksi aku kalau aku kecik ati dengan orang lain.
Aku pun x tau... yang aku tau aku takkan buat perangai budak2 contohnya x bertegur dengan orang tu.. Hahaha.. aku still bercakap tapi mungkin x macam biasa..still okay daripada aku bermasam muka..
Lagi pun, tak baik bermasam muka dan x bertegur sapa melebihi 3 hari..

Hihi... aku dah mengarut ni.. better stop now.. bye!

No comments:

Post a Comment