Ye.. ye.. aku tau. Result pon blom keluar lagi. Tapi, aku kena la fikirkan perjalanan lepas ni. Trial aku dpt 7A 1B.. Ade harapan utk dpt 8A. Tapi tu harapan semata2. Macam macam boleh jadi walaupun mungkin keputusan aku tu nanti x logik. Manala tau tetibe dpt bukan 8A. Ape yang aku boleh buat? Nangis??
hahaha.. Serious kelakar. Aku nak nangis sebab apa ha? Sebelum PMR, aku dah buat persediaan yang tip top. Sedetik pon aku x pernah menyesal sbb setiap detik, selama 3 tahun di sekolah menengah aku belajar rajin2. Aku ni asalnya bukan la sesapa. Aku just budak biasa ja bila masuk sekolah menengah. Tapi, aku percaya diri sendiri. Aku percaya, aku mampu jadi yang lain drpd budak lain. Tapi macam mana?
Sebaik melangkah dalam sekolah tu 3 tahun dulu, aku dah tekad, aku x kan buang masa. Aku x kan terpengaruh dgn perkara2 negatif yang aku selalu dengar. Almaklum lah.. sekolah menengah, budak remaja, memang banyak kes. Tapi, aku x nak sia sia kan masa. Kalau nak ikot, ada pilihan dan aku boleh pilih untuk mencari keseronokan sebagai seorang remaja. Tapi, bila fikir pasal mak ayah, aku mula mencari something untuk orang lihat yang aku ni bukan nothing. Akademik! That's it! Hahaha... bangga?.. Agak la. Jadi seorang yang dikenali di sekolah kerana prestasi akademik. Aku x suke sukan. Muzik? Aku minat sgt2 tapi terpaksa kuburkan sbb mak ayah x bagi apa2 galakan dlm muzik. Mungkin minat dalam muzik ni turun drpd ayah aku yg sememangnya berbakat main gitar, drum, bass and keyboard. Aku nak jadi macam tu tapi, x berpeluang dan x dak sokongan drpd sesapa. What to do?
Ada perkara yang boleh dibanggakan dan x boleh dibanggakan langsung dalam diri ayah aku. Yang boleh dibanggakan adalah kepandaian ayah yang agak luar biasa. Aku x tau, tapi sebagai anak kan, mestilah kita nak puji ayah kita kalau depan orang. Takkan nak cakap pasal keburukan dia plak. Ayah aku memang terror Math. Sejak sekolah rendah, sekolah menengah, university dan sampai sekarang, 45 tahun, tanyala apa saja pasal Math memang ayah aku boleh jawab. Ayah aku cakap, dia dulu selalu jadi rujukan kawan2. Mesti best kan... Pastu ayah aku minat dan dulu dia berbakat dalam badminton. Pelajaran yang paling ayah aku x suka adalah bahasa malaysia. Hahaha... Serious, bm dia memang teruk. Dia cakap la. pastu dia pandai main alat muzik. Bass, guitar, drum and keyboard.
Dari segi perangai memang x dpt dinafikan aku banyak ikot perangai ayah aku. Tapi, satu ja benda yang aku langsung x warisi drpd dia. Math! Math aku terok. Jarang dapat A. Dalam setahun, mungkin 2 kali ja aku dpt A. Selalunya aku akan dapat 75 and above. Bagi aku itu teruk. Sebab penyebab aku x leh dapat straight A adalah Math. Terok la tu, kan? Science ok je.. Sains setiap kali ujian/exam, dapat A. Alhamdullillah..
Aku heran sangat ngn Math aku. Orang selalunye kalau pandai Math, pandai Sains. Kalau pandai Sains, pandai Math skali. Aku je yang bengap.. Sains boleh, Math x leh. Hish! Ntah2 aku ni memang semulajdi x pandai Math. Mcm mana aku nak amik add math nanti? Walau macam mana pon, aku nak gak amik add math sbb aku suka pelajaran yang susah. Ada cabaran dan yang penting memang aku minat. Masalahnya, aku minat tapi aku x boleh buat. Bukan la maksudnya x boleh langsung. Cuma, susah untuk aku faham. Lama sangat dan aku kena concentrate 100 percent. Baru dpt! Aish... sabar2...
Urm, macam aku cakap tadi. PMR blom tentu dpt 8A. Aku memang dah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kwn2 semua cakap diorg akan nangis kalau x dpt apa yang diorg target. Bagi aku plak, aku x kan nangis sebab tangisan x kan mengubah apa2. Aku dah berusaha yang terbaik. Aku berserah je. Dan aku kena ready. Bila kita dh ready, kita dh tau apa yang akan jadi, buat apa kita nak nangis? Bukankah kita dh tau itu yg akan terjadi? Itu maksudnya kita x sedia. Kalau kita dh sedia, kita takkan menyesal. Andai kata aku x dpt 8A, aku nk menyesal amendenye lagi? Aku dh buat sehabis daya. So? Aish... aku x faham dgn kwan2 aku ni. Orang akan menyesal kalau dia x usaha sungguh2 je.
Perancangan aku...
SEKOLAH
Aku nak masuk sekolah sains. Kalau aku dapat MRSM, aku x dpt sekolah sains. Dan begitulah jugak sebaliknye. Apa yang aku nk buat nanti? Kalau dapat mrsm, aku X NAK PERGI... Kalau dapat sekolah sains, tanpa berfikir panjang, aku terus pergi! Maknanya, kalau aku x nak pergi mrsm, aku akan buat rayuan sekolah sains. Kalau x dapat rayuan, aku masuk je la sekolah biasa. Apa susah? Kalau nak berjaya, x kira tempat, mesti berjaya jugak! Orang yang nak dpt 10A, kat sekolah biasa pon dpt jugak. Bukan sebab masuk mrsm atau sekolah sains, terus dia dapat 10A. Betul kan apa yang aku cakap... So, aku memang dah sedia untuk sekolah di sekolah harian biasa kalau x dapat dua dua tu. Tapi, harapan dan doa aku, mestilah aku nak pergi sekolah sains tu. Sapa yang tak nak kan. Kenapa aku x nak mrsm?... Kewangan puncanya...
RESULT & ALIRAN
Kalau dpt 8A, senang citer, amik sains tulen. Masalahnye, kalau x dpt? Hehe.. Aku x risau la. Sebab semua perancangan dah rapi dan tersusun kemas dalam kepala otak aku ni.
Kalau aku x dpt 8A... Ada 2 jenis result...
1. Bukan 8A tapi Sains ngn math A
Ini senang... dah sains ngn math A, masukla sains tulen.. Masalahnya adalah kemungkinan yang kedua ni..
2. Bukan 8A, Sains atau math X DPT A
Uish!.. Ini problem... aku kena gak amik akaun. Kalau aku x dpt 8A, aku pergi sekolah biasa. Masalahnya, aku x leh amik sains tulen kalau sains ngan math aku bukan A. Jadi, aku kena pergi kelas akaun yang memang aku x minat. Belajar KH (perdagangan) pun dah macam menyampah, nikan pulak nak amik akaun mse form 4? Alahai... nak x nak, aku kena buat jugak. Kena minat jugak. Kena dapat straight A jugak untuk SPM.
Sekian, tu je la perancangan aku untuk Form 4. Aku harap perancangan tu x terjadi. Aku harap semuanya smooth ja. Dapat 8A, dapat sekolah sains.. or sekolah biasa pon ok la. Yang penting 8A dan Sains ngn Math dpt A jugak! Aku harap itulah yang akan terjadi. Perancangan ni just persediaan. Tak de la aku terkapai2 nanti bile dh tiba masanya untuk buat rancangan masa depan. At least, aku bersedia untuk sebarang kemungkinan yang aku memang x hingin langsung. Yang aku nak, 1 je buat masa sekarang, 8A!
No comments:
Post a Comment